Wednesday, June 16, 2010

DISKUSI KITAB JAUHARAH TAUHID

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Setiap dua minggu sekali pada hari sabtu di Masjid Banggol Batu, Lenggong , Perak pada pukul 9.30 pagi-12.30 tengahari, diadakan pengajian kitab Jauharah Tauhid(Kitab Tauhid) dan Sullam Mubtadi(kitab Feqah) yang disampaikan secara dua sesi oleh Al fadhil Ustaz Rozaini(anak murid Tuan Guru Pak Teh Pondok Keroh, Pengkalan hulu, Perak). Jadi saya ingin mengadakan satu ruang perkongsian ilmu apa yang kami pelajari bersama dalam blog saya ini. Saya akan fokuskan perbincangan kitab Matan Jauharah Tauhid. Sebenarnya sudah hamper 4 kali pengajian ini telah bermula, namun baru sekarang saya terlintas hati dengan izin Allah untuk berkongsi ilmu menggunakan blog ini.


1.LATAR BELAKANG KITAB DAN PENGARANG

Kitab diberi nama Matan Jauharah Tauhid. Pendekatan penulisan berbentuk syair Arab dan disusuli dengan terjemahan Melayu (Jawi). Pengarang kitab ini ialah Al ‘Alim Al ‘Allamah As Syaikh Ibrahim Al Laqani Hafizahullah.


2. MATAN (Mukasurat 4-5)


Maka tiap-tiap orang yang telah diberati pada syara’(Mukallaf) wajiblah atasnya mengetahui ia akan sekalian barang(sifat) yang wajib bagi Allah dan yang harus dan yang mustahil pada hakNya Ta’ala.


Dan (wajib mengetahui akan seumpama yang demikian itu bagi sekalian pesuruhNya (Rasul-rasulNya).Maka dengarlah olehmu,


Kerana tiap-tiap orang yang bertaqlid pada ‘ilmu tauhid, imannya tiada sunyi daripada syak atau keraguan,


Kerana keraguan itu sesetengah ‘Ulama menceterakan bersalah-salahan (pada sah imannya atau tidak),


Dan sebahagian mereka menguatkan ia pada iman muqallid itu akan kenyataan,


Berkata ia jika jazam I’tiqadnya dengan mengikut kata orang lain itu, memadalah ia dan jika tidak sentiasalah ia dalam kemelaratan.


3.Diskusi


1. Setiap yang mukallaf (antara syaratnya Islam, berakal, baligh) wajib menjadi ‘arif / wajib ma’rifatullah dan ma’rifatur Rasul. Terdapat 3 syarat seseorang mencapai tahap ‘arif :

  • Iman yang yaqin(jazam),tidak syak, waham dan lain-lain.
  • Ma’lumat/ ilmu yang diimani itu tepat seperti aqidah ahli sunnah wal jamaah
  • Berdalil samada dalil aqli atau naqli

Jika seseorang beraqidah dengan tiada dalil maka dia termasuk golongan muqallid (bertaqlid). Manakala jika seseorang beraqidah dengan tiada yaqin atau ma’lumat salah boleh membawa kekufuran wal ‘iyya zubillah.


2. Termasuk perkara yang wajib dalam ma’rifatullah dan ma’rifaturrasul ialah ‘arif sifat-sifat wajib, harus dan mustahil bagi Allah dan rasul-rasulNya. Ahlu sunnah wal jamaah terdiri daripada 2 aliran utama iaitu aliran Asya ‘irah dan Maturidiah.


3. Ulama’ khilaf dalam hukum taqlid aqidah ini. Sekurang-kurangnya ada tiga pandangan utama iaitu:

  • Hukum kafir bagi orang yang muqallid. Ini mengikut pandangan Syeikh Sanusi(kitab Ummul Barahin)

  • Hukum sah iman secara mutlak

  • Hukum sah iman bersyarat(Iman qa ‘id) . syaratnya walaupun tanpa dalil tapi mesti Imannya jazam dan tiada syak dan ragu. Jika syak dan ragu batal iman. Inilah pandangan jumhur ulama’. Wallahu a’lam bisshawab.


3 comments:

  1. Teruskan usaha murnimu wahai sahabat.Bagi saya, akidah lebih penting daripada politik.Ramai yang asyik berpolitik tapi lupa tentang perkara akidah. Ini yang perlu diperbetulkan dalam PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
      beri 4 angka [0680] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
      insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 770 JUTA ,

      PESUGIHAN DANA GAIB

      PESUGIHAN UANG BALIK
      DAN PESUGIHAN TUYUL










































      Delete
    2. bilakah pengarang kitab ini wafat

      Delete