Thursday, October 15, 2009

Tarbiyyah Aulad (Pendidikan anak-anak) 1

Salam,
Alhamdulillah, Allah kurniakanku anak yang kedua pada 10 Syawal lalu. Anak yang keduaku ialah perempuan. Kuberikan nama Nafisatul 'Ilmi (Pendukung ilmu). Gelaran ini diberi satu ketika dulu kepada Saiyidah Nafisah (Tabi'in). Anak pertamaku Muhammad Zubair (Nama sahabat nabi (s.a.w).
Termenung sejenak aku memikirkan betapa beratnya amanah mendidik diriku, isteri (dalam pantang) dan mujahid dan mujahidah kecilku. Tanggungjawab pertama sewaktu kelahiran aku coretkan antaranya:
1.Memberi Khabar Gembira dan Tahniah atas kelahiran Bayi
2. Azan dan Iqamat
3.Tahnik
4.Memberikan nama yang baik
5.Akikah dan bercukur rambut
6. Berkhitan

Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat melaksanakan untuk anakku perkara yang di atas kecuali berkhitan . Namun aku termenung sejenak selepas menguruskan keperluan isteriku dalam pantang pada hari ini. Tanggungjawabku bukan terhenti dengan perkara-perkara di atas. Tanggungjawab seterusnya ialah melahirkan tunas-tunas pejuang Aqidah. Kita adalah penda'wah dimana saja kita berada termasuk di rumah bersama anak-anak....bersambung

Thursday, October 1, 2009

SATU MUHASABAH

Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..www.takwinfardilmuslim.blogspot.com

Friday, September 25, 2009

Aku berblog kerana siapa?

Bismillahirrahmanirrahim

Aku sudah mula berblog.
Alhamdulillah. Hadis Rasulullah (s.a.w) diriwayatkan Imam Bukhari (rah.)dalam
susunan matan arbain (Hadis 40)- hadis pertama mafhumnya:

"Sesungguhnya bagi setiap amal(perbuatan dimulakan) dengan
niat. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka Hijrahnya akan
(menuju) Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia maka dia
akan mendapatinya, atau kerana perempuan yang (ingin) dikahwininya,maka
hijrahnya akan (menuju) kepada apa yang diniatkannya"


Untuk apa aku berblog, menulis artikel,mempromosi blog dan membentuk komuniti blog? Adakah kerana dunia?pengaruh?kekayaan?glamour?Tidak...Tidak lain hanya keranaMu Allah...menyahut seruan dakwah dijalanMu. Menyeru sambil membetulkan diri yang lemah ini.Menyeru dengan hikmah.Apa dia hikmah? Hikmah ialah barang yang tercicir daripada muslimin. Kuharapkan berbloging ini merupakan salah satu wasilah berpaksikan hikmah.

Dalam suasana Islam dihina, dicaci dan ditohmah aku masih berpangku tangan ? Wujudnya blog-blog yang menyerang islam dan gerakannya, aku masih keberatan untuk luangkan masa untuk Islam? Ya Allah ampunkan daku, berikan aku kekuatan, ketulusan niat, berukhuwah fillah, menyebar seruanMu dan istiqamah dalam jalanMu. Berikan pertolongan kepada hambaMu yang dhaif ini untuk mengislahkan diri dan menyeru orang lain. Bukakan hati manusia menerima Islam melalui usahaku yang kerdil ini.

Sahabat-sahabat,
Marilah kita sama-sama berjuang dalam usaha ini. Bantulah daku, saling nasihat-menasihati kerana dengan tazkirah yang berhikmah dapat memberi manfaat kepada orang yang beriman
Dengan lafaz "Wa 'iddu lahum mastatha'tum min quwwah min ribatilkhail turhibuna bihi 'aduwwallahi wa'aduwwakum" aku lancarkan blog keranaMu ya Allah. siru 'ala barakatullah.......

Thursday, September 24, 2009

GEJALA PEROSAK AMAL ISLAMI:FUTUR (PASIF)




GEJALA PEROSAK AMAL ISLAMI
FUTUR (PASIF)

Bekerja secara bermusim sesudah bekerja secara berterusan atau malas menjalankan kerja.Penyakit ini menjadikan mereka rasa malas bekerja atau suka berlengah-lengah atau menangguhkan kerja.Sebab yang menjadikan seseorang itu berpenyakit sedemikian ialah:
1.Keterlaluan ( al ghuluw ) di dalam agama, seperti di dalam beribadah sehingga tidak memberi ruang kepada badan untuk berehat.Akhirnya ia menjadi lemah, jemu dan seterusnya bekerja dengan tidak konsisten atau dengan malas.
2.Menggunakan segala yang harus dengan melampaui batas, hal ini boleh membawa kepada penguasaan hawa nafsu terhadap seseorang dan akhirnya terasa malas bekerja.
3.Cenderung mengasingkan diri dari jemaah.Akhirnya ia kehilangan para sahabat yang sentiasa memperbaharui kecergasannya.
4.Kurang mengingati mati dan alam akhirah
5.Berlaku kecuaian di dalam amalan harian seperti lewat bangkit untuk menunaikan solat, jarang mengerjakan amalan yang sunat dan lain-lain.
6.Memakan makanan yang tidak halal atau syubhah.
7.Menghayati ajaran agama dalam sudut-sudut yang tertentu sahaja seperti mengambil berat tentang aqidah sahaja dengan meninggalkan yang lain atau cenderung yang melampau terhadap suatu aliran seperti thoriqat sehingga meninggalkan kerja-kerja jamaah.
8.Melupai sunnatullah di bumi dan di dalam alam kehidupan manusia di mana sesuatu perubahan yang besar itu tidak dapat dilakukan sekaligus malahan ia memakan masa.
9.Tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi segala ujian dan rintangan di dalam perjuangan.
10.Bersahabat dengan orang-orang yang berjiwa lemah dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.
11.Menjalankan tugas dalam bentuk yang tidak terancang dan bertindak secara spontan.
12. Selalu terjerumus ke dalam maksiat terutama dalam dosa-dosa kecil dan ia selalu memandang ringan terhadap perkara-perkara tersebut.
13.Cenderung kepada aktiviti keduniaan yang melalaikan. Akhirnya menjadi ketagihkan dunia.
14.Terlalu idealis dan ’lebih cakap dari buat’ sehingga akhirnya ia banyak teruji dengan apa yang dicakapkan dan ia tidak mampu menghadapinya.

IHSAN Takwin Fardil Muslim تكوين الفرد المسلم

ISU SEBAT KARTIKA

HUKUMAN SEBAT : KARTIKA BUKAN YANG PERTAMA


Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno, wajar diperjelaskan bahawa –


1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas 2 orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak . Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

4. Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian.Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap 2 orang lain.- seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan 6 sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang. Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman keatas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputuasan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk 2 orang tukan sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di Negeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyiksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dekenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada Hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memaorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memeorandum yang di kemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri2 Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

TINDAKAN JAG, SIS DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP MENCEROBOH BIDANGKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI YANG TELAH KITA WARISI SEJAK ZAMAN SILAM DALAM KANUN UNDANG-UNDANG NEGERI-NEGERI MELAYU. (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice For Kartika"

Tahajud dan Qiamullail

MUKADDIMAH

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله


" Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw." (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


كان رسول الله يتهجد بعد نومه


"Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur." (Hr Ibnu Abi Khaisamah - hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

"Solat sunat pd waktu malam selepas tidur."

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:


لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل


"Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam." (Hr Thabrani - daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya'. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

"Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh."

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:


كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ


"Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak." (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:


كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر


" Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir." (Hr Muslim - sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:


يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل


"Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.